JAWAPAN DARI SOALAN ANDA
Soalan yang lazim ditanya
Saya berminat, bagaimana cara nak join kelas?
Secara ringkas, tuan/puan boleh klik di butang “Daftar” dan isi segala maklumat peribadi untuk kami hubungi anda.
Apa bahasa perantaraan waktu mengajar?
Kami menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan bersama pelajar.
Apa syarat kelayakan untuk mula belajar?
Tiada sebarang syarat kelayakan untuk mula belajar. Pelajar akan dinilai bacaannya oleh guru-guru kami dan akan dibimbing sesuai dengan tahap pelajar tersebut.
Ada sediakan kelas percuma?
Kelas percuma disediakan selama 1 bulan (4 sessi pembelajaran). Setiap sessi 15minit bersama guru secara online.
Berapa had umur untuk diterima belajar mengaji?
Untuk kanak-kanak bermula dari 7 tahun sehingga 12 tahun. Manakala orang dewasa tiada had umur ditetapkan, yang penting nak belajar.
Ada kelas untuk muslimin tak? (Lelaki)
Iya ada kelas untuk muslimin. Kami menyediakan kelas muslimin dari umur 7 tahun sehingga 60 tahun.
Ada sediakan kelas untuk mengajar di rumah?
Kelas mengajar di rumah hanya terbuka kepada kelas muslimin (lelaki). Buat sementara kelas mengajar di rumah terhad di lokasi seperti Ulu Kelang, Ampang, Keramat, Melawati, Klang Gate dan Taman Permata.
Kelas paling awal bermula pukul berapa?
Pelajar boleh mula belajar mengaji seawal jam 7.00am sehingga jam 11.00pm. (Untuk kelas online sahaja). Manakala kelas fizikal, masa kelas di atas persetujuan tenaga pengajar dan pelajar.


ANTARA SOALAN ONLINE YANG POPULAR
Soalan tentang mengaji online
Saya tak pernah belajar secara online, boleh bantu saya daftar?
Untuk memudahkan urusan, tuan/puan boleh menghubungi kami melalui Whatsapp, kami akan membantu cara-cara pendaftaran sampai selesai.
Waktu Operasi Admin :-
Isnin-Jumaat : 10.00am-5.00pm
Sabtu : 10.00am – 1.00pm
Whatsapp : +6010-2709414
Selepas saya sudah daftar, bila boleh mula kelas?
Selepas selesai pendaftaran, pihak admin akan menghubungi tuan/puan untuk sediakan slot kelas yang bersesuaian dengan masa antara pelajar dan guru. Semua urusan akan dibantu oleh pihak admin untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar kami.
Apa aplikasi yang digunakan semasa mengajar online?
Aplikasi “Skype” adalah aplikasi rasmi kami dalam pembelajaran secara online. Tetapi tuan/puan boleh juga menggunakan aplikasi seperti “Google Meet” atau “Zoom”. Cuma pihak kami selaraskan applikasi “Skype” sebagai aplikasi rasmi yang akan digunakan.
Apa keperluan komputer yang diperlukan?
- Web Browser :- Chrome, Firefox, Microsoft Edge, dll.
- Sambungan Internet :- TM Unify, Maxis, Digi, Celcom dll.
- Aplikasi :- Skype, Google Meet atau Zoom Meeting.
- Microphone, Headphone atau earphone.
- Webcam atas pilihan, tidak wajib.
Belajar online ada sediakan sijil tak?
Sijil disediakan kepada pelajar-pelajar yang telah khatam membaca Al-Quran bersama kami. Tempoh masa bergantung kepada prestasi pelajar.
Jika saya ada urusan, boleh tukar waktu kelas?
Boleh, maklumkan kepada guru, tarikh dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Untuk makluman, kelas pertukaran hanya boleh ditukar pada bulan yang sama sahaja. Pelajar tidak boleh tunda kelas ke bulan berikutnya.
Boleh tak saya pilih Ustaz @ Ustazah untuk mengajar saya?
Pelajar Muslimin hanya akan mengajar pelajar lelaki sahaja. Manakala pelajar Muslimah hanya akan mengajar pelajar wanita sahaja. Untuk kanak-kanak umur 7 tahun – 12 tahun, boleh memilih samada Ustaz atau Ustazah untuk mengajar.
Bolehkah saya tukar guru jika tidak serasi dengan saya?
Kami amat mementingkan kualiti dalam menyampaikan ilmu Al-Quran kepada pelajar. Jika pelajar tidak serasi dengan guru yang disediakan, maklumkan kepada admin untuk tindakan selanjutnya.
SOALAN TENTANG BAYARAN YURAN
Soalan tentang pembayaran yuran
Apakan cara pembayaran yang boleh digunakan?
Terdapat 3 cara pembayaran utama yang disediakan :-
• Online Banking (Billplz)
• Online Banking (Toyyibpay)
• Online Transfer (Manual) kepada akaun Tausiyah Global
Bilakah masa bayaran yuran perlu dijelaskan?
Bayaran yuran bulanan hendaklah dibayar pada setiap awal bulan sebelum kelas dimulakan. Antara tarikh cadangan untuk bayaran yuran adalah 1hb sehingga 5hb setiap bulan.
Bolehkah saya buat bayaran 6 bulan atau 1 tahun terus?
Boleh. Bayaran yuran boleh dijelaskan untuk bulanan, 1/2 tahun dan 1 tahun. Pembayaran yuran 1 tahun akan menerima diskaun sebanyak 5% dari jumlah keseluruhan yuran.
Saya warganegara "Singapura" bagaimana bayaran boleh dilakukan?
Untuk pelajar “Antarabangsa” bayaran yuran boleh dibuat secara terus dari bank anda ke akaun bank Maybank kami di Malaysia. Terdapat charges tambahan yang akan dikenakan oleh Bank dalam proses tersebut. Hubungi admin jika perlukan sebarang bantuan.
Bolehkan saya menaja (sponsor) bayaran kepada pelajar lain?
Boleh, tuan/puan cuma perlu memberi maklumat mengenai pelajar tersebut kepada admin untuk dikemaskini rekod.
