Salam perkenalan
dari kami...

Kelas mengaji online Tausiyah Global  adalah sebuah organisasi yang sepenuhnya komited untuk menjadikan Al-Quran sebagai ilmu yang harus dipelajari dan diamalkan.Kami ingin berkongsi pengetahuan tentang cara membaca Al-Quran sesuai dengan ajaran syariah. Mari ambil langkah pertama untuk mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat dengan bergabung bersama kami di Tausiyah Global. Para guru kami sentiasa bersedia membimbing anda dalam mempelajari dan meningkatkan kemampuan membaca Al-Quran. Jom mengaji online untuk merasa satu pengalaman mudah dan senang belajar membaca Al-Quran. 

mengaji online

Mengaji Online
menjadi mudah sekiranya

Adab ketika membaca
Al-Quran

Adab ketika membaca Al-Quran termasuk beberapa amalan penting seperti memilih tempat dan posisi yang sesuai, memakai pakaian yang menutup aurat, dan meniatkan bacaan kerana Allah. Selain itu, membersihkan mulut dengan siwak atau peralatan yang sesuai juga sangat digalakkan sebelum membaca Al-Quran. Ini semua bertujuan untuk menghormati dan memuliakan kitab suci tersebut.

mengaji online
mengaji online

Ilmu yang kami
kongsi bersama anda

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturun kan kepada Nabi Muhammad SAW melalui per antaraan Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir1 dan menjadi ibadat dengan membacanya. Susunan al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’.2

1- Iaitu riwayat orang yang ramai dan dijamin tidak berdusta terhadap Rasulullah SAW. Kemudian, daripada kumpulan ini diriwayatkan pula kumpulan lain yang serupa dengannya.

2- Rujuk kitab Ahkam al-Tajwid

Shopping Cart
Scroll to Top